Peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran sains dan matematik daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris adalah satu keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf Negara Maju. Persiapan dilaksanakan dari peringkat awal persekolahan bertujuan melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam era globalisasi.
Umum mengetahui sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains & teknologi. Bidang ini menjadi asas dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini beralaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris.
Justeru pembelajaran sains & teknologi dalam Bahasa Inggeris mampu membantu pelajar menguasai bidang-bidang sains kejuteraan diperingkat tinggi dengan lebih mudah memandangkan bahan rujukan untuk bidang sains & teknologi adalah 100% dalam Bahasa Inggeris.
Kebelakangan ini PPSMI menjadi bahan perdebatan oleh ahli-ahli politik yang berkempentingan mahupun ahli-ahli akademik yang memperjuangkan Bahasa Melayu. Keadaan menjadi bertambah celaru apabila badan-badan NGO bersungguh-sungguh memohon kerajaan memansuhkan PPSMI atas tiket memperjuangkan Bahasa Melayu. Situasi yang dihebohkan oleh golongan yang kononnya memperjuangkan Bahasa Melayu ini tidaklah seburuk seperti yang digemburkan. Disekolah saya contohnya saya dan rakan-rakan guru PPSMI mengajar dalam suasana yang tenang dan menyeronokkan apalagi dibantu ' teaching courseware' yang dibekalkan oeh PPK.
Pengusaan Bahasa Inggeris pelajar saban tahun semakin meningkat dan pembelajaran sains dan matamatik pun semakin menarik minat pelajar.Setelah 7 tahun PPSMI dilaksanakan guru-guru PPSMI disekolah saya mempunyai keyakinan yang tinggi semasa mengajar. Pemantauan P&P didalam kelas didapati guru-guru sudah selesa mengajar dalam Bahasa Inggeris dan pelajar dapat mengikuti kelas dengan baik. Tidak dinafikan pelajar yang lemah perlu diberi penerangan semula dalam Bahasa Melayu oleh guru yang mengajar. Yang penting dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Disekolah saya peratus pencapaian UPSR bagi subjek Sains meningkat pada tahun 2008 berbanding tahun sebelum. Peratusan lulus subjek sains pada tahun 2007 81.9% , tahun 2008 82.1% manakala pencapaian cemerlang gred A dan B juga meningkat dari 30 orang kepada 34 orang pada tahun 2008. Pencapaian Bahasa Inggeris pelajar juga bertambah baik iaitu UPSR 2007 73.7% manakala UPSR 2008 74.6%. Pencapaian cemerlang gred A dan gred B juga bertambah dengan ketara, 23 orang pada tahun 2007 manakala 31 orang pada tahun 2008.Jelas menunjukkan PPSMI membantu peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar.
Sebagai pemeriksa kertas UPSR subjek sains selama 8 tahun saya amat kagum dengan kebolehan dan keyakinan pelajar menjawab dalam Bahasa Inggeris dan saya tahu bahawa kertas yang saya sedang periksa itu datang nya dari sekolah luar bandar.
Sebagai guru PPSMI yang terlibat langsung dalam isu ini, saya menyokong penuh agar agenda ini diteruskan kerana kesannya amat memberangsangkan. Memang tidak dapat diafikan ,untuk mencipta kejayaan dalam sesuatu agenda besar,akan ada yang menjadi korban atau 'tikus putih'. Hanya yang mampu berubah sahaja yang akan terus menyinar. Jangan lah kerana agenda peribadi kita sanggup mengorbankan masa depan generasi yang cemerlang yang mendokong visi negara.